Cari:
Indonesia Ambil Langkah Mencegah Konflik Keagamaan Menjadi Buruk
2015-07-23 11:44:54 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Petugas Jabatan Polis Negara Indonesia semalam menyataka bahawa pihaknya sedang menyiasat kes konflik keagamaan yang dilakukan sebelum ini dan akan mengumumkan senarai suspek yang terlibat mecetuskan rusuhan berkenaan. Pada 21 Julai lalu, panglima Pusat Ketumbukan Tentera Jakarta menyeru rakyat jelata jangan dihasut untuk mencetus rusuhan, sebaliknya patut berusaha meningkatkan perpaduan keagamaan demi memelihara penyatuan negara dan keutuhan wilayah.

Pada Hari Raya Adilfitri 18 Julai lalu, kira-kira 200 penduduk bukan Islam menyerang beberapa penduduk Muslim yang sedang menunaikan solat di sebuah dataran di kaunti Tolikara, Papua. Rusuhan itu menyebabkan seorang maut dan 11 orang lagi cedera, selain sebuah masjid dan 63 buah kedai serta beberapa rumah penduduk Muslim yang terletak di sekitar dataran itu juga rosak dalam kebakaran.

Sekarang, langkah-langkah keselamatan diperhebat di seluruh negara Indonesia untuk mencegah rusuhan menjadi lebih buruk.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China