Cari:
China Bantah Myanmar Jatuhkan Hukuman terhadap Penebang China
2015-07-23 14:20:14 CRI Cetak

China memberikan perhatian serius dan telah mengeluarkan bantahan kepada Myanmar berikutan negara itu menjatuhkan hukuman terhadap penebang China. Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang semalam.

Beliau berkata, selepas pihak Myanmar menahan penebang warga China yang merentasi sempadan secara haram pada awal tahun ini, China pernah kerap kali mengeluarkan bantahan dan meminta pihak Myanmar menguruskan peristiwa itu dengan mempertimbangkan keadaan sebenar warga China berkenaan agar masalah itu ditangani dengan munasabah dan di sisi undang-undang, dan pada akhirnya menyerahkan orang tersebut kepada China.

Pegawai jabatan penerangan dan diplomasi awam Keduataan China ke Myanmar mengesahkan semalam, mahkamah Myitgyina di utama Myanmar menjatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun terhadap 150 penebang warga China atas tuduhan pembalakan secara haram. Selain itu, dua orang di bawah umur dijatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun dan seorang lagi dipenjarakan 35 tahun kerana menyimpan dadah.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China