Cari:
China Prihatin Kes Pekerja Asing Tanpa Izin yang Melibatkan Warga China di Filipina
2015-07-24 13:52:12 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Kedutaan Besar China ke Filipina semalam menyatakan bahawa pihaknya sedang menyusuri perkembangan pengurusan kes pekerja asing tanpa izin yang melibatkan warga China di Filipina. Di samping itu, pihaknya juga menggesa pihak Filipina memastikan hak dan kepentingan yang sah warga China berkenaan.

Menurut Kedutaan Besar China ke Filipina, ketua konsul Kedutaan besar sekali lagi pergi ke Jabatan Imigresen Filipina untuk mendapat maklumat tentang perkembangan pengurusan kes syarikat perjudian Filipina mengupah pekerja asing tanpa izin, di samping memuntut pihak Filipina mengenal pasti keadaan sebenar dengan secepat mungkin dan membuat keputusan yang adil menurut undang-undang.

Pegawai Jabatan Imigresen Filipina berkata, siasatan terhadap status visa warga asing yang terlibat dalam kes ini telah diselesaikan dan status beberapa pekerja telah dikenal pasti.

Pada 22 Julai lalu, Jabatan Imigresen Filipina menyatakan bahawa 155 orang warga asing akan diusir daripada negara itu kerana didakwa melanggar peraturan undang-undang imigresen, dan kebanyakan mereka adalah orang China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China