Cari:
Sabah dan Sarawak Tidak akan Keluar dari Malaysia
2015-07-24 14:09:02 CRI Cetak

Baru-baru ini, ada orang menyeru agar Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia. Ketua Menteri negeri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem menyatakan dengan jelas Sarawak tidak akan keluar dari Malaysia. Ketua Menteri negeri Sabah, Musa Aman juga menegaskan semalam bahawa Sabah terus ditadbir oleh kerajaan Persekutuan merupakan pilihan yang terbaik.

Musa Aman menyatakan bahawa mereka tidak mempunyai alasan memisahkan Sabah daripada Malaysia. Pihaknya berhutang budi terhadap kedamaian dan keamanan yang wujud di Malaysia. Sabah akan bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan untuk membangunkan Sabah.

Ketika menghadiri aktiviti meraikan Hari Memperingati 22 Julai Sarawak Merdeka, Adenan Satem menyatakan bahawa beliau memahami pendirian rakyat Sarawak untuk memperoleh kepentingan sendiri, tetapi tidak bersetuju memisahkan Sarawak daripada Malaysia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China