Cari:
AS Digesa Jangan Ambil Tindakan yang Tidak Bermanfaat bagi Keamanan Serantau
2015-07-24 18:22:15 CRI Cetak

China menganggap sikap AS terhadap kes timbang tara membabitkan pertikaian di Laut China Selatan yang difailkan oleh Filipina tidak selaras dengan pendirian tentang isu Laut China Selatan yang diumumkannya. AS perlu menunaikan perjanjian yang tidak menyebelahi mana-mana pihak dalam isu itu dan jangan mengambil tindakan yang tidak bermanfaat bagi keamanan dan kestabilan serantau.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang hari ini sebagai reaksi terhadap kenyataan penolong Setiausaha Negara AS, Daniel Russ tentang China dan Filipina perlu menyelesaikan pertikaian melalui timbang tara dan pandangan mengenai beberapa masalah melibatkan pertikaian itu.

Lu Kang menyatakan bahawa pendirian China mengenai kes timbang tara yang difailkan oleh Filipina secara sepihak itu tidak berubah, iaitu menolak dan tidak akan menghadiri prosiding. Tindakan Filipina itu telah melanggar persepakatan yang dicapai dengan pihak China dan perjanjiannya dalam Deklarasi Tatalaku Pihak-Pihak Berkaitan di Laut China Selatan (DOC).

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China