Cari:
Prayuth Harap Projek Kereta Api China-Thailand Dimulakan Oktober
2015-07-25 14:05:12 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-ocha semalam menyatakan bahawa projek kerjasama landasan kereta api China-Thailand membawa maknanya yang bersejarah dan pembinaannya mesti dimulakan pada bulan Oktober tahun ini.

Prayuth berkata, beliau telah meminta Menteri Pengangkutan, Prajin Janthong mempercepat pembiayaan bagi projek tersebut dan agenda pelaburan berkenaan mesti digerakkan pada bulan Ogos.

Mesyuarat ke-6 Suruhanjaya Bersama Kerjasama Landasan Kereta Api China-Thailand akan diadakan di Xi'an, China, pada 6 hingga 8 Ogos nanti. Kedua-dua negara akan menandatangani perjanjian kerangka antara kerajaan pada penghujung bulan Ogos dan perjanjian itu akan diserahkan kepada kabinet Thailand untuk dibahaskan pada awal bulan September.

Landasan kereta api usaha sama China dan Thailand itu sepanjang 867 kilometer, dengan kelajuannya 160 hingga 180 kilometer per jam.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China