Cari:
Hubungan China-Indonesia Kian Rapat
2015-07-25 14:55:55 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC), Yu Zhengsheng akan mengadakan lawatan rasmi ke Indonesia pada 25 hingga 28 Julai ini atas undangan Ketua Majlis Permesyuaratan Rakyat (MPR) Indonesia, Zulkifli Hasan. Sempena lawatan itu, Duta Besar China ke Indonesia, Xie Feng ketika diwawancara oleh pemberita menyatakan bahawa hubungan China dan Indonesia kini dalam perkembangan yang pesat.

Dalam tempoh lawatan itu, Yu Zhengsheng akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin kerajaan, MPR, parlimen dan lembaga perwakilan tempatan Indonesia dan melawat bandar pertama dan kedua terbesar di negara itu. Selain itu, beliau juga akan melawat perusahaan Indonesia dan perusahaan pelaburan China serta projek infrastruktur tempatan.

Xie Feng berkata, lawatan Yu Zhengsheng kali ini diyakini akan memberi suntikan baharu terhadap perkembangan perkongsian strategik yang menyeluruh antara China dengan Indonesia.

Beliau menambah, China mengalu-alukan Indonesia terlibat dalam pembinaan Jalan Sutera Maritim Abad Ke-21 dan memainkan peranan proaktif dalam Bank Pelaburan dan Infrastruktur Asia (AIIB).

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China