Cari:
AirAsia Tawar Potongan 20 Peratus Sempena Kempen Sambutan 300 Juta Tetamu
2015-07-27 14:07:30 CRI Cetak

AirAsia dan AirAsia X semalam mengumumkan potongan istimewa 20 peratus daripada tambang asas bagi semua tempat duduk dan semua penerbangan bagi kedua-dua kumpulan syarikat penerbangan tersebut dalam satu tawaran eksklusif yang berlangsung selama seminggu bersempena bermulanya kempen sambutan 300 juta tetamu.

Tawaran istimewa ini boleh didapati bagi tempahan menerusi laman airasia.com dari 27 Julai hingga 2 Ogos 2015 bagi perjalanan segera dari 28 Julai hingga 30 November 2015.

Selain daripada laman web, tempahan juga boleh dibuat menerusi aplikasi mudah alih AirAsia bagi peranti Android dan iPhone, begitu juga laman mudah alih mobile.airasia.com.

(sumber BERNAMA)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China