Cari:
Aquino Sampaikan Ucapan SONA
2015-07-28 15:56:36 CRI Cetak

Presiden Filipina, Benigno Aquino III membentangkan State of the Nation Address (SONA) di bangunan Kongres, Isnin lalu.

Dalam ucapan selama 135 minit itu, Aquino menunjuk-nunjuk prestasi yang diraihnya seketika tempoh perkhidmatan secara panjang lebar, yang melibatkan banyak bidang antara lain antirasuah, pekerjaan, pendidikan, insurans perubatan, jaminan sosial, pemodenan pasukan tentera, pembinaan kemudahan awam, pertumbuhan ekonomi dan sebagainya.

Beliau yang menyenaraikan pencapaian secara terperinci itu mahu menghilangkan keraguan dan sangkaan orang ramai serta memastikan legasi pemerintahannya dikenang secara baik

Walau bagaimanapun, beberapa buah kumpulan bukan kerajaan berarak ke bangunan Kongres untuk membantah kegagalan Aquino memperbaiki taraf hidup masyarakat setempat.

Dimaklumkan, pemilihan Presiden baharu akan berlangsung pada bulan Mei tahun depan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China