Cari:
Persidangan Ke-128 IOC Dirasmikan
2015-07-31 15:12:26 CRI Cetak

Bernama Malaysia melaporkan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan Persidangan ke-128 Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur malam tadi.

Najib semasa merasmikan acara itu berkata, menjadi tuan rumah kepada acara berprestij itu membuktikan keseriusan Malaysia dalam mempromosikan sukan di dalam negara dan peringkat global.

Malaysia menjadi tuan rumah Mesyuarat Lembaga Eksekutif IOC dari 28 hingga 30 Julai dan Persidangan ke-128 IOC mulai hari ini sehingga 3 Ogos.

Dilaporkan, anggota IOC akan membuang undi bagi memilih antara Beijing, China dan Almaty, Kazakhstan sebagai tuan rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 petang ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China