Cari:
MH370: Serpihan Dihantar ke Perancis untuk Disiasat
2015-07-31 15:24:46 CRI Cetak

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, serpihan yang ditemukan di Pulau Reunion dihantar ke Toulouse, Perancis untuk disiasat Biro Siasatan dan Analisis (BEA), iaitu agensi penyiasat kemalangan pesawat negara itu.

Najib dalam kenyataan semalam berkata, laporan awal membayangkan bahawa serpihan berkenaan besar kemungkinan berasal daripada sebuah pesawat jenis Boeing 777, tetapi langkah perlu diambil untuk memastikan sama ada ia adalah daripada pesawat MH370 Malaysia Airlines, yang hilang tahun lepas.

Dalam pada itu, Australia menyifatkan penemuan serpihan berkenaan sebagai "perkembangan yang sangat penting" dalam misi pencarian pesawat MH370.

Menteri Pengangkutan dan Infrastruktur, Warren Truss dalam kenyataannya berkata, perkembangan positif itu timbul ekoran penemuan serpihan sepanjang dua meter yang dipercayai daripada bahagian pesawat terbabit di pantai Pulau La Reunion, sekali gus mencetuskan harapan baharu misteri kehilangan pesawat tersebut dapat diselesaikan.

Menurut laporan media Perancis, selain kepingan serpihan, satu beg pakaian juga ditemukan berhampiran lokasi sama dan ini meningkatkan lagi spekulasi bahawa ia berasal daripada pesawat yang hilang itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China