Cari:
Misi Cari Objek Terjejas
2015-08-03 11:09:42 CRI Cetak

Letusan gunung berapi di Pulau La Reunion dua hari lalu, mencetuskan kebimbangan terhadap usaha kerajaan tempatan membantu mencari lebih banyak serpihan pesawat yang dikaitkan dengan kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Menurut portal Mail Online, pihak berkuasa di La Reunion telah menguatkuasakan larangan menghampiri gunung berapi Piton de la Fournaise, termasuk menggunakan helikopter di kawasan itu ekoran berlakunya letusan gunung berapi pada kira-kira pukul 10 pagi waktu tempatan Jumaat lalu.

Kesan letusan tidak diketahui, namun abu panas yang dihamburkan gunung berapi berkenaan menyebabkan misi mencari serpihan menggunakan pengangkutan udara sukar untuk dilakukan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China