Cari:
Pembinaan Komuniti ASEAN Galakkan Kerjasama China-ASEAN
2015-08-04 14:26:01 CRI Cetak

Pembinaan Komuniti ASEAN Galakkan Kerjasama China-ASEANSidang Menteri Luar China-ASEAN (10+1), Sidang Menteri Luar ASEAN dengan China, Jepun dan Korea Selatan (10+3), Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) dan Sidang Menteri Luar Forum Serantau ASEAN (ARF) diadakan di Malaysia bermula hari ini. Pembinaan Komuniti ASEAN merupakan topik utama sidang pada kali ini.

Duta Besar China ke ASEAN, Xu Bu ketika diwawancara di Jakarta baru-baru ini berkata, 93 peratus kerja dalam cetak biru pembinaan Komuniti ASEAN telah selesai. Selepas Komuniti ASEAN siap dibina, rundingan politik, kerjasama ekonomi dan interaksi kebudayaan akan ditingkatkan dan dimanfaatkan demi mendorong kerjasama China dengan ASEAN ke peringkat yang lebih tinggi.

Beliau berkata, China dan ASEAN sedang mempercepat rundingan menaiktarafkan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA) dan berusaha mencapai matlamat nilai perdagangan kedua-dua pihak mencatat USD 1 trilion (RM3.86 trilion) menjelang tahun 2020.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China