Cari:
Minggu Interaksi Pendidikan China-ASEAN ke-8
2015-08-04 15:43:02 CRI Cetak

Minggu Interaksi Pendidikan China-ASEAN ke-8 dirasmikan di Guiyang, China pada 3 Ogos lalu. Aktiviti tersebut akan meningkatkan lagi kerjasama China dengan negara-negara ASEAN dalam bidang pendidikan dan sosiobudaya.

Naib Perdana Menteri China, Liu Yandong, menyampaikan perutusan tahniah sempena perasmian minggu tersebut. Beliau berkata, tahun 2016 merupakan ulang tahun ke-25 terjalinnya hubungan dialog China-ASEAN. China dan ASEAN sedang membincangkan cadangan untuk menetapkan tahun depan sebagai "Tahun Interaksi Pendidikan China-ASEAN".

Beliau juga berharap agar kerjasama dalam bidang pendidikan antara China dengan ASEAN semakin ditingkatkan, merapatkan hubungan golongan belia dan menggalakkan interaksi sosiobudaya kedua-dua pihak.

Timbalan Perdana Menteri Kemboja, Sok An berkata, Minggu Interaksi Pendidikan China-ASEAN merupakan wadah untuk meningkatkan interaksi tenaga insan, dan mendorong kemajuan pendidikan. Kerajaan Kemboja akan terus memainkan peranan penting dalam menggalakkan kerjasama China dengan negara-negara ASEAN.

Timbalan Ketua Pengarah Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB (UNESCO), Getachew Engida, berharap agar kerajaan China dan negara-negara ASEAN dapat memanfaatkan peranan minggu interaksi pendidikan ini, menggalakkan kerjasama pendidikan antara kerajaan, perusahaan dan penyelidikan, serta negara dan pertubuhan antarabangsa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China