Cari:
Wang Yi Ditemui Menteri-Menteri Luar ASEAN
2015-08-05 14:36:21 CRI Cetak

Menteri Luar China, Wang Yi, yang sedang menghadiri siri Mesyuarat Menteri Luar Asia Timur di Kuala Lumpur mengadakan rundingan dengan rakan-rakan sejawatnya semalam. Mereka ialah Datuk Seri Anifah Aman dari Malaysia, Hor Nanhong dari Kemboja, Pham Binh Minh dari Vietnam, Tanasak Patimapragorn dari Thailand, dan Thongloun Sisoulith dari Laos.

Wang Yi semasa menemui Anifah berkata, China menyokong Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) anjuran Malaysia demi menggalakkan keharmonian pelbagai agama dan kaum. China bersedia untuk bersama-sama dengan Malaysia membina Laluan Sutera Maritim Abad ke-21 demi mewujudkan pembangunan dan kemakmuran bersama.

Wang Yi menambah, China sentiasa mengutamakan hubungan dengan ASEAN dan menyokong Malaysia memainkan peranan penting dan unik dalam menggiatkan integrasi ASEAN.

Datuk Seri Anifah Aman berkata, China merupakan rakan dagangan penting bagi ASEAN. Malaysia bersedia untuk menjadi jambatan antara China dengan ASEAN dalam mencapai permuafakatan kedua-dua pihak.

Beliau menegaskan, Malaysia akan terus mencari pesawat Malaysia Airlines, MH370 dengan sokongan dan bantuan pelbagai negara termasuk China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China