Cari:
Pasukan Penyelamat China Tiba di Myanmar
2015-08-05 14:41:08 CRI Cetak

Pasukan Penyelamat Blue Sky China tiba di Lapangan Terbang Yangon, Myanmar semalam untuk menjalankan misi penyelamatan dan bantuan. Pasukan China ini merupakan pasukan penyelamat antarabangsa yang pertama tiba di Myanmar selepas bencana banjir melanda negara itu. Ketua Pasukan Penyelamat Blue Sky, Zhang Yong memberitahu, operasi menyelamat pada kali ini melibatkan pemindahan penduduk, mencari mangsa yang hilang, dan perkhidmatan rawatan perubatan.

     Sejumlah 10 anggota penyelamat yang dihantar kali ini mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing, iaitu juru selam profesional, juru terbang helikopter, malim gunung dan warga perubatan. Pasukan itu akan berkejar ke Rakhine, kawasan yang paling teruk terjejas akibat bencana banjir hari ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China