Cari:
Najib: Potensi ASEAN Lebih Baik
2015-08-05 11:47:57 CRI Cetak

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ko­mu­niti ASEAN tidak perlu be­rasa rendah diri jika ada pihak me­­mandang rendah terhadap keupa­yaan yang dimiliki negara-ne­gara ahli.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) ke-48 di Kuala Lumpur semalam.

Menurut beliau, laporan daripada kumpulan perbankan asing membuktikan potensi ASEAN adalah lebih baik daripada yang disangkakan.

Beliau berkata, ASEAN seharusnya yakin terhadap masa depan dan lebih berani.

Tambah beliau, sa­tu daripada lapan keutamaan yang ditetapkan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN adalah untuk meningkatkan peranan ASEAN sebagai pemain global dan meningkatkan daya tahan seni bina serantau. Sehubungan itu, tiada alasan untuk ASEAN tidak aktif berperanan dalam komuniti antarabangsa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China