Cari:
EU dan Vietnam Capai Kata Sepakat FTA
2015-08-05 14:52:10 CRI Cetak

Suruhanjaya Kesatuan Eropah (EU) semalam mengumumkan pihaknya telah mencapai kata sepakat dengan Vietnam mengenai perjanjian perdagangan bebas (FTA) setelah melalui rundingan selama dua tahun setengah. Hampir semua tarif kedua-dua pihak akan dimansuhkan.

Kedua-dua pihak itu akan menyelesaikan semua masalah teknikal melalui rundingan dan menyiapkan dokumen perundangan dalam beberapa bulan akan datang.

Ini merupakan FTA pertama antara EU dengan negara membangun.

Menurut ahli Suruhanjaya EU, Cecilia Malmstroem, perjanjian ini akan menggalakkan perdagangan dua hala antara EU dengan salah satu entiti ekonomi yang paling dinamik di Asia, di samping menjadi teladan baik FTA antara EU dengan negara membangun.

Menurut perjanjian itu, Vietnam akan melaksanakan liberalisasi perdagangan dalam sektor kewangan, telekomunikasi, pengangkutan, perkhidmatan pos dan kiriman ekspres.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China