Cari:
Najib: Serpihan Sayap Disahkan Milik MH370
2015-08-06 11:17:04 CRI Cetak

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan hari ini serpihan sayap yang dijumpai di Pulau Reunion disahkan milik pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Najib dalam sidang media yang diadakan di Kuala Lumpur awal pagi ini berkata, "Hari ini selepas 515 hari pesawat tersebut hilang, dengan hati yang berat, saya ingin menyatakan bahawa pasukan penyiasat penerbangan antarabangsa telah mengesahkan serpihan sayap pesawat yang ditemui di Pulau Reunion adalah milik MH370."

Beliau berkata, kini bukti yang sedia ada menunjukkan, "penerbangan MH370 berakhir dengan tragik di selatan Lautan Hindi."

Najib berkata kerajaan Malaysia komited akan sedaya upaya mencari kebenaran atas segala yang menimpa pesawat itu.

MAS mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan Perancis, Jabatan Penyiasatan dan Analisis Penerbangan Awam Perancis, kumpulan penyiasat Malaysia dan wakil-wakil teknikal dari China dan Australia bersama-sama mengenalpasti serpihan sayap pesawat yang ditemui di Pulau Reunion adalah milik MH370.

Kenyataan itu menybut ini kemajuan besar untuk membongkar misteri kehilangan MH370. Mereka menjangka dan berharap dapat mencari lebih banyak benda untuk mencari kebenarannya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China