Cari:
Percanggahan Pendapat Presiden dan Timbalan Presiden Filipina Meningkat
2015-08-06 14:42:39 CRI Cetak

Percanggahan pendapat antara kumpulan penyokong Presiden Filipina, Benigno Aquino III dengan Timbalannya, Jejomar Binay, semakin meningkat.

Menteri Penerangan di Jabatan Presiden Filipina, Sonny Coloma, membantah kenyataan Jejomar Binay yang menyebut Benigno Aquino III sebagai diktator.

Binay, ketika diwawancara baru-baru ini menyatakan bahawa beliau pernah mencadangkan Aquino III agar tidak mendakwa Hakim Besar Mahkamah Tinggi Filipina kerana beliau mempunyai kuasa terhadap institusi kehakiman. Benigno Aquino III telah menjadi diktator yang menguasai pentadbiran, perundangan dan kehakiman dan mahu terus berkuasa sehingga 18 tahun.

Coloma pula berkata, pendakwaan terhadap Hakim Besar adalah sah di sisi undang-undang, bahkan telah dibicarakan oleh sekutu Binay yang juga Ketua Dewan Senat, Juan Ponce Enrile, pada ketika itu.

Pilihan raya umum akan diadakan di negara itu pada bulan Mei tahun depan. Binay yang mahu bertanding dalam pilihan raya umum tersebut telah meletakkan jawatan sebagai Timbalan Presiden.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China