Cari:
Komuniti ASEAN Siap Dibina Penghujung 2015
2015-08-07 15:41:58 CRI Cetak

Mesyuarat Menteri-Menteri Luar China-ASEAN (10+1), Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN dengan China, Jepun dan Korea Selatan (10+3), Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) dan Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Forum Serantau ASEAN (ARF) melabuhkan tirainya di Kuala Lumpur semalam.

Menteri Luar Malaysia, iaitu negara pengerusi ASEAN tahun ini, Dato' Sri Anifah Aman menaruh keyakinan bahawa Komuniti ASEAN akan siap ditubuhkan pada penghujung tahun ini.

Anifah berkata, Menteri-Menteri Luar ASEAN membahaskan proses pembinaan Komuniti ASEAN dan pelaksanaan cetak biru pertubuhan itu. ASEAN merancang untuk menyelesaikan pembinaan komuniti yang merangkumi keselamatan, ekonomi, sosial dan budaya pada penghujung tahun ini. Pada ketika ini, 93 peratus daripada cetak biru tersebut telah selesai.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China