Cari:
Sidang Menteri Luar ASEAN Capai Persepakatan dalam Isu Laut China Selatan
2015-08-07 15:55:25 CRI Cetak

Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-48 mencapai kata sepakat untuk melaksanakan Deklarasi Tatalaku Pihak-pihak Berkaitan di Laut China Selatan (DoC) dan mempercepat rundingan Kod Tatalaku di Laut China Selatan (CoC).

Demikian dikatakan oleh Menteri Luar Malaysia, iaitu negara pengerusi ASEAN tahun ini, Dato' Sri Anifah Aman dalam sidang media di Kuala Lumpur semalam.

Beliau berkata, pembinaan Komuniti ASEAN merupakan salah satu topik utama dalam mesyuarat kali ini. Para peserta telah membincangkan isu Laut China Selatan dan mencapai kata sepakat tersebut, selain turut membincangkan langkah-langkah untuk mengawal risiko keselamatan, dan lain-lain.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China