Cari:
China Komited Bantu Myanmar Atasi Banjir
2015-08-07 11:34:24 CRI Cetak

Myanmar memerlukan bantuan negara jiran dan masyarakat antarabangsa, khususnya China bagi mengatasi bencana banjir yang melanda negara itu sekarang.

Demikian dinyatakan oleh Duta Besar China ke Myanmar, Hong Liang semalam.

Menurut beliau, China mampu membantu negara jiran dalam kerjasama pencegahan dan penyelamatan bencana, serta mewujudkan sistem pencegahan bencana.

Tambah beliau lagi, barang-barang bantuan China telah diangkut tiba di Myanmar, antaranya termasuklah maklumat meteorologi satelit dan bahan penilaian bencana. Barang-barang bantuan sumbangan provinsi Yunnan telah memasuki Myanmar melalui sempadan, selain persatuan perusahaan China semalam turut menghantar barang-barang keperluan kepada provinsi Magway yang dilanda bencana paling teruk di Myanmar. Beberapa operasi penyelamatan turut akan dilancarkan.

Pasukan Penyelamat Blue Sky China dan pelbagai pertubuhan rakyat tiba di Myanmar untuk menjalankan operasi penyelamatan dan misi bantuan kemanusiaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China