Cari:
Malaysia Jelaskan Bukti Pengesahkan Serpihan Milik MH370
2015-08-07 11:35:14 CRI Cetak

Menteri Pengangkutan Malaysia, Dato' Sri Liow Tiong Lai semalam menyatakan bahawa Malaysia mengesahkan serpihan pesawat yang ditemukan di Pulau Reunion merupakan sebahagian daripada pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370. Hal ini tidak bercanggahan dengan kenyataan Perancis.

Menurut beliau, Malaysia membuat keputusan itu dengan berhati-hati berdasarkan pandangan pakar dan ahli teknikal bidang berkenaan. Pihak penyiasat, ketika memeriksa serpihan pesawat atau flaperon, mendapati terdapat bahagian yang dibaiki dan ini sama dengan rekod MAS. Selain itu, warna dan maklumat selenggara turut selaras dengan maklumat pesawat tersebut. Bukti fizikal dan petunjuk baharu mengesahkan bahawa flaperon tersebut merupakan sebahagian daripada pesawat MH370.

Tegas beliau lagi, pengesahan Malaysia tidak bercanggahan dengan kenyataan Perancis. Malaysia turut bercadang untuk terus melakukan pengenalpastian, contohnya pada cat dan nombor siri. Selain itu, penyiasat Malaysia menyerahkan beberapa serpihan yang ditemukan di Pulau Reunion kepada Perancis untuk dikenal pasti.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China