Cari:
Jepun Berikan Pinjaman Wang kepada Filipina
2015-08-07 11:38:48 CRI Cetak

Kementerian Luar Filipina mengumumkan bahawa kerajaan Jepun berjanji akan memberikan pinjaman wang sebanyak JPY 240 bilion (kira-kira RM 6.5 bilion) bagi membiayai projek pembinaan landasan kereta api utara-selatan sepanjang 36.7 kilometer di Filipina.

Perjanjian tersebut dibuat oleh Naib Menteri Luar Jepun, Kiuchi Minoru, ketika bertemu dengan Menteri Luar Filipina, Del Rosario, sempena sesi mesyuarat Menteri Luar ASEAN di Kuala Lumpur.

Kedua-dua negara tersebut telah memeterai perjanjian kerjasama pembangunan prasarana pengangkutan di kawasan Metro Manila sempena lawatan Presiden Filipina, Benigno Aquino III ke Jepun pada bulan Jun lalu. Menurut Kementerian Luar Filipina, pinjaman tersebut adalah antara komponen perjanjian kerjasama pembangunan yang telah dipersetujui.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China