Cari:
PCCI Bimbang Penurunan FDI di Filipina
2015-08-07 14:06:45 CRI Cetak

Menurut laporan Persatuan Perindustrian dan Perdagangan Filipina (PCCI), pertubuhan komersial paling besar di negara itu, jumlah pelaburan langsung asing (FDI) di Filipina akan terus menurun sekiranya kerajaan tidak melonggarkan sekatan terhadap pelaburan asing.

Jumlah FDI bersih di Filipina mencatat USD 6.2 bilion (kira-kira RM 21 bilion) pada tahun 2014, meningkat 66 peratus berbanding dengan tahun 2013 dan angka tersebut mencipta rekod tertinggi dalam sejarah negara itu.

Namun, berdasarkan data bank pusat Filipina, jumlah tersebut hanya mencatat USD 1.23 bilion (kira-kira RM 4.2 bilion) pada empat bulan pertama tahun ini, menurun 48.3 peratus berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun lalu. Sehubungan dengan itu, kerajaan digesa menyusun semula dasar mengenai pelaburan asing bagi menarik lebih banyak FDI.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China