Cari:
China Bantah Kenyataan Tidak Berasas Filipina dalam Isu Laut China Selatan
2015-08-07 14:37:09 CRI Cetak

Menteri Luar China, Wang Yi, menjelaskan pendirian China dalam isu Laut China Selatan dan membidas kenyataan tidak berasas Filipina dan Jepun berkenaan dengan isu tersebut.

Dalam siri mesyuarat Menteri Luar Asia Timur, Menteri Luar Filipina mencela dasar China dalam isu Laut China Selatan dan mengemukakan kes timbang tara terhadap China. Selain itu, Menteri Luar Jepun memberikan sokongan kepada Filipina dan menyatakan bahawa semua kepulauan buatan tidak membawa hak yang sah.

Sehubungan dengan itu, Wang Yi berkata, situasi di Laut China Selatan adalah stabil pada keseluruhannya dan tiada kemungkinan berlakunya konflik yang serius. Oleh itu, China menentang semua kenyataan yang tidak membina, menimbulkan pertikaian, menggembar-gemburkan pertentangan dan mencetuskan ketegangan.

China sentiasa mengamalkan kebebasan penerbangan dan pelayaran di Laut China Selatan berdasarkan undang-undang antarabangsa. Sehingga kini, tidak berlaku keadaan yang menjejaskan kebebasan pelayaran di Laut China Selatan.

Kaedah menyelesaikan pertikaian dengan negara-negara yang langsung terlibat merupakan kelaziman masyarakat antarabangsa dan turut ditetapkan dalam Deklarasi Tatalaku Pihak-pihak Berkaitan di Laut China Selatan (DoC).

Filipina sentiasa menolak cadangan China untuk mengadakan dialog dua hala. Menurut prosedur timbang tara antarabangsa, negara-negara terlibat sepatutnya mencapai persepakatan terlebih dahulu.

Namun, Filipina menolak untuk berunding dengan China, sebaliknya mengemukakan timbang tara anarabangsa tanpa persetujuan China.

China tidak dapat menerima tindakan Filipina yang tidak munasabah itu dan menganggap negara itu mempunyai tujuan tertentu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China