Cari:
Vietnam Minta A.S. Batal Embargo Senjata
2015-08-08 15:46:35 CRI Cetak
Naib Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Vietnam, Pham Binh Minh ditemui Setiausaha Negara A.S., John Kerry yang melawat negara itu semalam. Pham Binh Minh selepas rundingan itu memberitahu wartawan bahawa Vietnam berharap A.S. membatalkan embargo senjata terhadap negara itu, di samping meningkatkan kerjasama dalam keselamatan dan pertahanan kedua-dua negara.

Pham Binh Minh dalam sidang media selepas rundingan berkata, lawatan Kerry ke Vietnam amat bermakna. Vietnam berharap menggalakkan hubungan ekonomi dan perdagangan dengan A.S..

Kerry pula berkata, isu Laut China Selatan merupakan satu aspek penting dalam kerjasama strategik kedua-dua negara. Selain itu, kerjasama itu juga merangkumi kerjasama keselamatan maritim seperti bantuan kecemasan, penyelamatan dan bantuan kemanusiaan, tindakan menghadapi cuaca pelampau dan lain-lain. Kerry memuji usaha Vietnam untuk membaiki hak asasi manusia akhir-akhir ini. Katanya, pembatalan embargo senjata akan dikaitkan dengan isu hak asasi manusia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China