Cari:
Xi Jinping Ucapkan Tahniah Sempena Hari Kebangsaan Singapura
2015-08-09 15:48:12 CRI Cetak
Sempena Ulang Tahun Ke-50 Penubuhan Republik Singapura, Presiden China, Xi Jinping, Perdana Menteri, Li Keqiang, dan Menteri Luar, Wang Yi masing-masing mengutus kawat tahniah kepada Presiden Singapura, Tony Tan Keng Yam, Perdana Menteri, Lee Hsien Loong, dan Menteri Luar, Shanmugam Jayakumar hari ini.
      Xi Jinping dalam kawatnya menyatakan, China dan Singapura merupakan jiran yang bersahabat dan rapat. Sejak penjalinan hubungan diplomatik 25 tahun yang lalu, kepercayaan politik kedua-dua negara terus meningkat, kerjasama pragmatik dan komunikasi kebudayaan kian ditingkatkan. China bersedia berusaha bersama Singapura untuk menyuntik kedinamikan yang baharu kepada hubungan persahabatan kedua-dua negara demi menggalakkan hubungan dua hala ke tahap yang baharu.
      Li Keqiang dalam kawatnya berkata, China bersedia mengambil kesempatan ulang tahun ke-25 terjalinnya hubungan diplomatik China-Singapura untuk merapatkan lagi kesalingpercayaan politik dan mempergiat kerjasama dua hala.
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China