Cari:
Najib: Tubuh Lebih Banyak Kursi Pengajian Bahasa Melayu
2015-08-09 15:50:10 CRI Cetak

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu Kementerian Pendidikan Tinggi menubuhkan lebih banyak kursi pengajian Bahasa Melayu di universiti-universiti tersohor dunia.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam pertandingan akhir Pidato Antarabangsa Bahasa Mela­yu (PABM) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya semalam.

Beliau berkata, penubuhan kursi tersebut merupakan usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu di era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Kerjasama dengan sekolah atau institusi pendidikan tinggi di luar negara perlu diwujudkan terutama dalam bidang penyelidikan dan dokumentasi maklumat selain menghantar tenaga pengajar bahasa serta persuratan Melayu ke institusi berkenaan.

Beliau menambah, bahasa Melayu juga perlu dipromosi melalui penglibatan negara itu dalam pergerakan dan persidangan antarabangsa.

Najib juga menyaran Kementerian Pendidikan Tinggi, Dewan Bahasa dan Pustaka serta syarikat-syarikat penerbitan bekerjasama membekalkan bahan bacaan dan rujukan, khususnya tentang tamadun Melayu serta Malaysia kepada masyarakat antarabangsa.

--sumber dari Bernama

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China