Cari:
Malaysia: Akta Keharmonian Dibentang Disember Ini
2015-08-09 15:51:46 CRI Cetak

Akta Keharmonian Nasional Malaysia akan dibentang dalam sidang Parlimen Disember tahun ini sebagai usaha memberi ke­sedaran yang lebih baik kepada rakyat tentang kepentingan perpaduan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Joseph Kurup berkata, akta itu dapat menyatupadukan rakyat dalam negara yang pelbagai kaum, agama dan budaya.

     Beliau berkata, melalui akta tersebut, diharap dapat memberi kesedaran kepada rakyat serta program-program yang dijalankan sekarang ini bahawa perpaduan amat penting untuk menjamin keharmonian negara. Dengan adanya kesedaran itu, rakyat tidak akan melakukan sesuatu perkara sensitif yang boleh me­nimbulkan salah faham dan kekecohan kepada masyarakat dan negara khususnya. --sumber dari utusan

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China