Cari:
Program Liputan Media ASEAN ke Anhui Dirasmikan
2015-08-10 16:36:36 CRI Cetak

Program liputan media utama 10 negara ASEAN ke Anhui yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Provinsi Anhui, Radio Antarabangsa China (CRI) dan cawangan Agensi Berita Xinhua di Asia Pasifik, dirasmikan di bandar Hefei, provinsi Anhui pagi tadi. Program ini bertujuan untuk membolehkan khalayak lebih mengetahui tentang pelaksanaan inisiatif "Satu Jalur, Satu Laluan" (OBAOR).

Naib Presiden Radio Kebangsaan Kemboja, Bou Vannarith

Ketua delegasi media ASEAN, yang juga Naib Presiden Radio Kebangsaan Kemboja, Bou Vannarith berkata, program tersebut menyediakan peluang keemasan kepada media ASEAN untuk mengetahui dengan lebih mendalam sejarah, budaya dan sosioekonomi China.

Program ini akan membantu memperkasakan hubungan persahabatan serta pertukaran dan kerjasama dalam pelbagai bidang antara ASEAN dengan Anhui, selain membolehkan media ASEAN lebih memahami pengalaman China dalam proses pembangunan.

Beliau berharap program ini dapat mengeratkan pertukaran dan semangat kerjasama antara media ASEAN dengan China.

Dalam tempoh seminggu yang akan datang, delegasi tersebut akan mengadakan lawatan ke bandar Hefei, Wuhu dan Huangshan, serta kawasan peranginan Gunung Jiuhua dan Gunung Huangshan. Mereka juga dijadualkan menghadiri Forum Media China-ASEAN 2015 yang diadakan di bandar Huangshan pada 15 Ogos nanti.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China