Cari:
Kerjasama China, Indonesia Bina Landasan Kereta Api Laju
2015-08-11 11:44:10 CRI Cetak

Ketua Pengarah Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara (NDRC), Xu Shaoshi, selaku utusan khas Presiden China, Xi Jinping, mengadakan pertemuan dengan Presiden Indonesia, Joko Widodo di Jakarta semalam. Dalam pertemuan itu, beliau turut menyerahkan laporan penyelidikan mengenai projek pembinaan landasan kereta api berkelajuan tinggi Jakarta-Bandung yang akan diusahakan bersama oleh kedua-dua negara.

Ketika bercakap kepada wartawan selepas pertemuan tersebut, Xu berkata, China dan Indonesia, dua buah negara membangun yang besar di Asia, merupakan jiran yang baik dan rakan yang mesra.

Hubungan kerjasama yang semakin kukuh bukan sahaja berfaedah demi kepentingan kedua-dua negara, malah bermanfaat kepada kemakmuran seluruh rantau. China bersedia untuk berkongsi pengalaman dalam pembinaan landasan kereta api laju dengan Indonesia.

Tambah beliau lagi, kedua-dua pihak kini telah mencapai konsensus dalam projek kerjasama pembinaan landasan kereta api laju Jakarta-Bandung. Projek strategik ini amat signifikan bagi kedua-dua negara untuk membentuk komuniti berkongsi kepentingan dan masa depan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China