Cari:
Lebih Seratus Maut Banjir di Myanmar
2015-08-11 15:07:15 CRI Cetak

Lebih seratus orang terbunuh dalam banjir besar yang melanda Myanmar setakat malam 9 Ogos lalu. Selain itu, hampir sejuta penduduk tempatan daripada kira-kira 220 ribu keluarga terjejas dalam bencana tersebut.

Menurut maklumat daripada kerajaan Myanmar, bencana banjir telah merosakkan banyak jalan raya, jambatan dan rumah serta lebih 3,000 bangunan sekolah di seluruh negara.

Lebih 500 ribu hektar sawah padi ditenggelami banjir dengan lebih 170 ribu hektar daripadanya musnah sama sekali.

Sehubungan dengan itu, kerajaan dan seluruh rakyat Myanmar menggembleng tenaga untuk melaksanakan misi bantuan bencana.

Kerajaan China juga turut menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada Myanmar.

Pasukan penyelamat China merupakan pasukan penyelamat antarbangsa yang pertama tiba di kawasan bencana banjir Myanmar.

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China