Cari:
CNTA Laksanakan Pelan Kecemasan Tangani Letupan Bom Bangkok
2015-08-18 14:47:12 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Pentadbiran Pelancongan Kebangsaan China (CNTA) hari ini melaksanakan pelan tindak balas kecemasan selepas insiden letupan bom yang berlaku di tengah-tengah Bangkok, Thailand malam tadi.

Ketua CNTA, Li Jinzao menggesa jabatan pengurusan CNTA di negara-negara Asia Tenggara segera meninjau dan meneliti insiden di Bangkok serta memberikan bantuan perubatan dan rawatan kepada mangsa-mangsa yang terlibat.

Agensi pelancongan China juga diminta segera memaklumkan pemandu pelancongan China di Thailand agar sentiasa peka dengan situasi semasa bagi menjamin keselamatan para pelancong China di Bangkok.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China