Cari:
China, Vietnam Banteras Sindiket Dadah di Sempadan
2015-09-09 11:14:37 CRI Cetak

China dan Vietnam akan melancarkan operasi bersama kali kedua bagi membanteras sindiket dadah di kawasan sempadan kedua-dua negara pada 16 September hingga 15 November ini.

Operasi bersama itu akan tertumpu kepada usaha membanteras penjualan dan pengedaran dadah merentas sempadan dan menumpaskan sindiket penyeludupan dadah.

Kegiatan penyeludupan dadah semakin berleluasa di kawasan sempadan China-Vietnam sejak tahun-tahun kebelakangan ini, sehingga menjadikan kawasan itu laluan penyeludupan dadah kedua terbesar ke China, selepas kawasan sempadan China-Myanmar di provinsi Yunnan.

Dalam operasi bersama sebelum ini, China dan Vietnam berjaya membongkar 3,180 kes jenayah dadah dengan menangkap 3,820 orang suspek dan merampas dadah lebih 900 kilogram.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China