Cari:
CAEXPO Sasarkan Laluan Sutera
2015-09-14 12:15:21 CRI Cetak

Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) Ke-12 akan dilancarkan di Nanning, Guangxi China bermula pada 18 hingga 21 September ini. Sebanyak 61 buah perusahaan dari China, Thailand dan lain-lain telah menjadi rakan kongsi ekspo kali ini. Di samping itu, kira-kira 1,300 buah gerai pameran ditawarkan kepada perusahaan dari ASEAN dan luar rantau ini. Sebilangan negara sepanjang Laluan Sutera, antara lain Pakistan, Turki dan Kazakhstan merebut kesempatan ini tampil ke khalayak ramai.

Kumpulan Anhui Yucheng, salah satu daripada rakan kongsi CAEXPO, menganggap, pihaknya akan memanfaatkan ekspo tersebut sebagai wadah menebusi pasaran malah memperluas kerjasama dengan ASEAN dan negara-negara sepanjang Laluan Sutera.

Ketua Pengarah bagi Sekretariat CAEXPO, Wang Lei memaklumkan bahawa ekspo berkenaan berjaya mempelawa 450 ribu peniaga untuk mencari peluang mengusahakan perniagaan di sana, yang mencakupi program taman industri, sains dan teknologi, pelancongan dan sebagainya. CAEXPO sudah berkembang menjadi platform penting bagi China dan ASEAN menjayakan kerjasama dalam bidang politik, perdagangan, pelaburan dan kebudayaan, sejak ia kali pertama dilancarkan pada 2004.

Kehadiran pemimpin pelbagai negara yang kerap dilakukan pada CAEXPO serta beberapa konsensus yang tercapai antara China dengan ASEAN amat menyakinkan kedua-dua pihak dalam memperkasakan kerjasama. Menurut statistik, seramai 57 orang pemimpin ASEAN dan China serta 2,300 tetamu agung peringkat menteri telah menghadiri ekspo sebelum ini, dengan diadakannya dialog peringkat tinggi di sektor kerajaan dan sektor korporat seketika ekspo berkenaan.

Kerjasama kemampuan pengeluaran menjadi perhatian utama pada CAEXPO kali ini. Syarikat Kereta Api China (CRC) dan beberapa syarikat rel berkelajuan tinggi China antaranya Syarikat CRRC Berhad mengesahkan penyertaan mereka pada pameran berhubung kerjasama kemampuan pengeluaran dengan sasarannya menggalakkan kewujudan kesalingbungan antara China dengan ASEAN.

Ketika memperkatakan tentang prospek CAEXPO, Wang Lei berkata, lingkungan ekspo berkenaan yang kini hanya menfokuskan kepada "10+1", iaitu sepuluh negara ASEAN tambah China, akan diperluas kepada "10+6", iaitu ASEAN tambah China, Korea Selatan, Jepun, Australia, New Zealand dan India, sehingga menjangkau ke negara-negara sepanjang Laluan Sutera yang lebih jauh. Menurut Wang, CAEXPO kali ini menjadikan program pembinaan Laluan Sutera Maritim sebagai titik berat, selain meneruskan penaiktarafan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA), memperluas skop pelaburan serta menjayakan kerjasama ekonomi rentas sempadan dan taman industri.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China