Cari:
Inisiatif Pelabuhan Maklumat, Pemangkin Kerjasama China-ASEAN
2015-09-15 14:36:21 CRI Cetak

Laos, sebuah negara pedalaman, menunjukkan keinginan yang kuat untuk memanfaatkan kemudahan internet demi merealisasikan "integrasi", sekali gus aktif melibatkan diri dalam menjayakan insiatif Pelabuhan Maklumat China-ASEAN. Menteri Pos dan Telekomunikasi negara itu, Hiem Phommachanh yang menghadiri Forum Maklumat China-ASEAN di Nanning, Guangxi, semalam berkata, Laos, yang sebelum ini tidak dilengkapi kemudahan kabel bawah laut, kini telah memiliki sistem akses maklumat menerusi kabel optik gentian yang menyambungkan China, Thailand dan Vietnam. Internet sudah berkembang menjadi satu lagi laluan yang menyambungkan China dengan ASEAN, selain laluan darat, laut dan udara. Sepertimana yang diperkatakan oleh Hiem, ramai pegawai ASEAN yang hadir pada forum tersebut menyuarakan harapan mereka agar memperkasakan kerjasama dengan China dalam usaha pembinaan pelabuhan maklumat.

Inisiatif Pelabuhan Maklumat China-ASEAN menjadi projek kerjasama utama kedua-dua pihak, yang mencakupi ekonomi baharu "Internet +", pangkalan e-dagang rentas sempadan, pusat kongsi maklumat perdagangan, pertukaran lawatan dan lain-lain. Ketua Pengarah Jabatan Pentadbiran Ruang Siber Negara China (CAC) Lu Wei menyifatkan kesalinghubungan maklumat sebagai syarat utama bagi China dan ASEAN mewujudkan Komuniti Berkongsi Masa Depan. Inisiatif Pelabuhan Maklumat itu justru "pelabuhan dalam talian" yang menyambungkan China dengan negara-negara ASEAN.

Pada pendapat Hiem, kerjasama Laos-China dalam bidang kesalinghubungan, e-dagang, data besar, keselamatan siber dan lain-lain akan mengecilkan jurang perbezaan perkembangan teknologi komunikasi maklumat antara Laos dengan negara jirannya serta negara-negara lain di ASEAN.

Pengarah Jabatan Daerah Majlis Perkembangan Perusahaan Antarabangsa Singapura, Michelle Chow beranggapan, bandar pintar, taman industri cekap dan perkomputeran awan merupakan penggalak kepada kehidupan orang ramai. Singapura mahu meningkatkan kerjasama dengan China dalam ruang siber dan penggunaan Internet.

Tokoh penganalisis berpendapat, insiatif Pelabuhan Maklumat, bagaikan cetak biru yang menggambarkan sebuah "pelabuhan dalam talian" yang saling menghubungi antara China dengan ASEAN. Ini pasti akan menyuntik tenaga baharu kepada pertumbuhan ekonomi serantau, mewujudkan penyelarasan kepentingan, membawa manfaat yang lebih banyak kepada rakyat di rantau ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China