Cari:
Jumlah Pekerja Singapura Dikurangkan
2015-09-16 14:43:54 CRI Cetak

Laporan yang dikeluarkan Kementerian Tenaga Singapura semalam menunjukkan bahawa disebabkan kesan kemerosotan ekonomi, jumlah pekerja di negara itu telah dikurangkan sebanyak 1,000 orang pada setengah tahun pertama tahun ini, manakala dalam tempoh yang sama tahun lalu jumlah pekerja telah bertambah sebanyak 52,200 orang.

Menurut laporan tersebut, kadar pertumbuhan pengambilan pekerja pada bulan Jun lalu mencatat 2.1 peratus berbanding dengan 3.8 peratus dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Walau bagaimanapun, kadar pengangguran kekal rendah,iaitu 2.9 peratus pada bulan Jun lalu yang hampir setanding dengan tempoh yang sama pada tahun lalu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China