Armada angkatan laut China yang menyertai latihan ketenteraan bersama China-Malaysia dengan kod "Perdamaian dan Persahabatan 2015" telah tiba di Pelabuhan Klang Malaysia pagi semalam.
Naib Ketua Turus Agung Pasukan Tentera Pembebasan Rakyat(PLA) China , Leftenan Jeneral Yi Xiaoguang bersama-sama dengan wakil pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia menyambut kedatangan armada China di pelabuhan tersebut.
Menurut maklumat berkenaan, misi latihan ketenteraan China-Malaysia kali ini melibatkan bekerjasama dalam memelihara kawasan pelayaran, operasi mencari dan menyelamat, menyelamatkan kapal yang dirampas, latihan penggunaan senjata sebenar dan memberikan bantuan kemanusiaan kepada kawasan bencana.
Latihan ketenteraan kali ini tidak menyasarkan mana-mana negara dan juga tidak berkaitan dengan situasi serantau.