Cari:
WSJ: FBI Mulakan Siasatan Kes 1MDB
2015-09-21 13:14:40 CRI Cetak

Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat dilaporkan telah memulakan satu siasatan berkaitan dengan dakwaan pengubahan wang haram oleh syarikat pelaburan milik negara Malaysia, 1MDB.

Menurut media kewangan antarabangsa The Wall Street Journal (WSJ) semalam, siasatan FBI itu dimulakan sejurus selepas bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan ditahan reman atas tuduhan cuba menggulingkan kerajaan, sebelum beliau mahu meninggalkan negara itu untuk ke Amerika Syarikat (AS).

WSJ melaporkan bahawa skop siasatan terkini FBI masih belum diketahui dan biro tersebut tidak mendedahkan sebarang maklumat berhubung dengan rancangan lawatan Khairuddin itu.

Dalam pada itu, mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa, sekiranya negara seperti Switzerland, Britain dan AS contohnya, mendapati Datuk Seri Najib Tun Razak bersalah melakukan pengubahan wang haram, mereka berhak menyaman beliau atau meminta polis antarabangsa (Interpol) menangkap Datuk Seri Najib Tun Razak sekira beliau ke luar negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China