Cari:
Najib Hadiri Mesyuarat Siasatan Tragedi MH17 di New York
2015-10-01 13:34:15 CRI Cetak

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman mengadakan me­syuarat tertutup di New York semalam dengan pemimpin negara-negara yang terlibat dalam penyiasatan tragedi pesawat MH17 Penerbangan Malaysia (MAS) yang ditembak jatuh di Ukraine pada Julai tahun lalu.

Lima negara yang terlibat dalam penyiasatan itu Malaysia, Belgium, Ukraine, Australia dan Belanda. Ketika ditembak jatuh di Ukraine pada 17 Julai 2014, pesawat tersebut membawa 298 penumpang dan anak kapal dengan 196 orang daripadanya terdiri daripada rakyat Belanda.

Mesyuarat itu difahamkan membincangkan opsyen-opsyen lain untuk membawa kes tersebut ke muka pengadilan selepas Rusia menggunakan kuasa vetonya dalam Majlis Keselamatan PBB pada Julai lalu untuk menghalang penubuhan tribunal antarabangsa bagi menyiasat tragedi tersebut. Pesawat itu dikatakan ditembak oleh puak pemisah Ukraine yang pro-Rusia.

---UTUSAN

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China