Cari:
Indonesia Perlu Tiga Tahun Atasi Jerebu
2015-10-01 13:48:33 CRI Cetak

Presiden Indonesia, Joko Widodo berkata, negara itu memerlukan masa tiga tahun untuk mengatasi masalah jerebu yang melanda negara itu dan negara-negara jiran setiap tahun ekoran pembakaran hutan dan kawasan pertanian.

Sambil menegaskan masalah jerebu tidak dapat diatasi dalam masa yang singkat, beliau berkata, tiga tahun adalah jangka masa yang diperlukan untuk melihat hasil dari usaha-usaha menamatkan masalah yang timbul setiap kali musim kemarau ini.

Menurut beliau, Indonesia telah melakukan yang terbaik dalam mena­ngani masalah jerebu yang turut memberikan kesan kepada negara jiran seperti Singapura dan Malaysia. Antara tindakan yang telah diambil termasuklah

penghantaran 3,700 anggota tentera dan kira-kira 8,000 orang anggota polis serta empat pesawat pengebom air untuk mema­damkan kebakaran.

Tambah beliau lagi, kaedah pembasahan tanah juga dilakukan supaya kawasan pertanian tidak kering dan mudah terbakar dengan cara pembinaan terusan seperti yang telah dilakukan di Kalimantan Tengah.

Selain itu, dalam usaha menangani masalah jerebu, pihak berkuasa juga menahan beberapa individu dan syarikat yang dipercayai melakukan pembakaran hutan dan kawasan pertanian untuk proses tanaman semula.

---Utusan

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China