Cari:
Singapura Larang Produk Syarikat Indonesia yang Terlibat dalam Pembakaran Hutan
2015-10-08 14:49:50 CRI Cetak

Jabatan Alam Sekitar dan Persatuan Pengguna Singapura mengeluarkan kenyataan bersama semalam menuntut tujuh buah pasar raya, farmasi dan kedai perabot membuat pengakuan bahawa kayu dan produk kertas yang dijual oleh mereka adalah daripada sumber yang boleh dikitar semula.

Sumber yang boleh dikitar semula tersebut merujuk kepada produk yang tidak menggunakan kayu atau produk kertas dari syarikat Indonesia yang terlibat dalam kegiatan pembakaran hutan.

Kementerian Luar Singapura juga mengesahkan semalam bahawa pihak berkuasa Singapura telah memohon Indonesia membekalkan senarai nama syarikat yang terlibat dalam pembakaran hutan supaya dapat mengambil tindakan terhadap syarikat-syarikat berkenaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China