Cari:
OBAOR Rapatkan Hubungan Makau dengan Kemboja
2015-10-13 11:27:25 CRI Cetak
Wilayah Pentadbiran Khas Makau China dan Kemboja yang terletak di laluan "Satu Jalur, Satu Laluan (OBAOR)" mempunyai potensi besar dalam sektor pelancongan, ekonomi dan perdagangan pada masa depan.

Kemboja juga boleh berperanan sebagai jambatan antara Makau dengan negara-negara berbahasa Portugis untuk membuka pasaran di negara-negara berbahasa Portugis.

Kedua-dua pihak menyatakan pandangan demikian dalam pertemuan antara Ketua Eksekutif Makau, Chui Sai On dengan Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen semalam.

Cui menyatakan bahawa pihaknya berharap agar kedua-dua pihak dapat meneroka lebih banyak ruang kerjasama bagi mengukuhkan kerjasama dua hala dalam sektor pelancongan, kebudayaan, latihan sumber manusia dan pertukaran.

Hun Sen pula berpendapat, Makau dan Kemboja mempunyai potensi kerjasama dalam tiga aspek, pertama, hubungan ekonomi dan perdagangan dua hala. Kini, Kemboja mengeksport produk pertanian yang berasaskan beras, yang mana boleh meningkatkan pasaran Makau; kedua, mendorong syarikat Makau melabur di Kemboja; dan ketiga, mengukuhkan kerjasama dalam sektor pelancongan.

Kemboja merupakan negara yang kaya dengan sumber pelancongan.

Kedua-dua pihak perlu mengadakan perbincangan tentang pembukaan penerbangan terus bagi mendorong perkembangan hubungan dua hala, dan juga bagi menyediakan kemudahan pengangkutan di Makau dan Kemboja. 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China