Cari:
Kebakaran Hutan di Indonesia Masih Belum Dipadamkan
2015-10-20 14:21:25 CRI Cetak

Kebakaran hutan sudah berlarutan selama hampir sebulan di Indonesia. Usaha antarabangsa bagi memadam kebakaran hutan di Indonesia akan gagal dan negara Asia Tenggara akan terus berhadapan dengan jerebu untuk beberapa minggu lagi sehinggalah musim hujan bermula.

Demikian menurut Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar semalam.

Menurut pegawai jabatan tindakan kecemasan Indonesia, data satelit menunjukkan terdapat lebih 1,500 kawasan yang masih terbakar atau mungkin akan terbakar pada bila-bila masa.

Indonesia telah mengerahkan 25 ribu orang untuk menyertai operasi memadamkan kebakaran hutan tersebut dan baru-baru ini, Malaysia, Singapura dan Australia turut menghantar pesawat dan pasukan bomba untuk membantu Indonesia dalam operasi tersebut.

Jerebu teruk yang berlaku ekoran kebakaran hutan itu telah menjejaskan negara jiran Indonesia. Malaysia sekali lagi terpaksa menutup sekolah di beberapa negeri berikutan kualiti udara yang tidak sihat dan Wan Junaidi berkata krisis itu boleh berlarutan untuk sebulan lagi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China