Cari:
Hasil Kerjasama Penguatkuasaan Undang-undang China-ASEAN Menggalakkan
2015-10-23 11:55:46 CRI Cetak

Dialog peringkat menteri China-ASEAN mengenai kerjasama penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan selama dua hari dirasmikan di Beijing hari ini, bertepatan dengan ulang tahun ke-13 terjalinnya ikatan kerjasama antara kedua-dua pihak dalam bidang berkenaan. Dalam tempoh 13 tahun itu, kerjasama pragmatik China-ASEAN yang melibatkan operasi memburu penjenayah rentas sempadan, memerangi jenayah dadah, jenayah siber serta aktiviti keganasan, membuahkan hasil yang cukup menggalakkan sehingga memainkan peranan penting bagi mewujudkan kedamaian, kestabilan dan kemakmuran serantau.

Menurut Kementerian Keselamatan Awam China (MPS), China dan ASEAN telah pun membentuk beberapa mekanisme kerjasama yang berkesan, antaranya termasuk mesyuarat peringkat menteri China-ASEAN (10+1) serta ASEAN-China, Jepun dan Korea Selatan (10+3) berhubung operasi membanteras jenayah transnasional. Selain itu, mekanisme pertemuan berkala mengenai penguatkuasaan undang-undang juga diwujudkan antara China dengan Vietnam, Malaysia, Singapura, Thailand dan Myanmar.

Sejak 13 tahun lepas, MPS melancarkan sekitar 200 program latihan berhubung penguatkuasaan undang-undang antidadah, teknologi siasatan jenayah, kajian kes jenayah, pengurusan sempadan dan siasatan jenayah siber untuk 4,000 orang pegawai dari negara anggota ASEAN. Di samping itu, MPS juga membantu Vietnam, Laos, Myanmar, Kemboja, Filipina dan Thailand meningkatkan keupayaan menguatkuasakan undang-undang dengan menghulurkan bantuan berupa barangan.  

Dengan adanya jaringan operasi bersama yang cekap, China dan negara-negara ASEAN berjaya membongkar sejumlah besar kes jenayah yang membabitkan sindiket penipuan, perjudian dalam internet dan lain-lain.

Boleh dikatakan bahawa dengan memupuk rasa saling mempercayai, China dan ASEAN memperkasakan kerjasama berkenaan secara berperingkat-peringkat sehingga menjadi rakan setia dalam bidang penguatkuasaan undang-undang serantau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China