Cari:
Dialog Peringkat Menteri China-ASEAN Mengenai Kerjasama Penguatkuasaan Undang-undang dan Keselamatan di Beijing
2015-10-23 17:31:37 CRI Cetak

Dialog Peringkat Menteri China-ASEAN Mengenai Kerjasama Penguatkuasaan Undang-undang dan Keselamatan diadakan di Beijing hari ini. Dalam sidang yang bertemakan "Keselamatan menggalakkan pembangunan" ini, para peserta telah bertukar-tukar pendapat mengenai situasi keselamatan dan antikeganasan serantau, penanganan risiko keselamatan bukan tradisional dan keselamatan kemudahan dan projek yang pentinng.

Pegawai jabatan penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan dari China, 10 buah negara ASEAN, Rusia dan Australia serta perwakilan pertubuhan antarabangsa berkenaan telah menghadiri sidang tersebut.

Anggota Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Meng Jianzhu menyatakan bahawa China bersedia bersama-sama dengan negara-negara ASEAN membina sistem kerjasama penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan yang bertaraf tinggi dan pragmatik untuk memberikan sumbangan yang lebih besar kepada keselamatan, kestabilan, kemakmuran dan pembangunan serantau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China