Cari:
Inovasi Elak China Terjerat dalam MIT
2015-11-16 14:53:54 CRI Cetak

Duta Besar Indonesia ke China, Soegeng Rahardjo ketika diwawancara Agensi Berita Xinhua baru-baru ini memuji rancangan lima tahun pembangunan sosioekonomi China bagi tempoh 2016-2020 atau lebih dikenali "FYP ke-13" sebagai satu visi yang holistik.

Menurut beliau, FYP ke-13 tersebut memaparkan sasaran pembangunan China dalam bidang ekonomi dan sosiopolitik buat masa hadapan kepada khalayak ramai dari dalam dan luar negeri. Antara rancangan berkenaan, inovasi sangatlah mustahak kerana ia bakal memecut pertumbuhan ekonomi kebangsaan untuk fasa selanjutnya, sekali gus membantu ekonomi China mengelak daripada terjerat dalam perangkap pendapatan sederhana (MIT).

Jelas Soegeng, inovasi lebih terserlah dalam sektor perkhidmatan dan penggunaan. Pada masa ini, barangan buatan China, seperti telefon pintar dan peralatan elektronik lain, semakin dikenali dan diiktiraf di peringkat antarabangsa. Sebagai contoh, gergasi e-dagang Alibaba dan gergasi telekomunikasi China, HUAWEI, yang mendukung konsep inovasi, meningkatkan pemasaran pelbagai jenis produk melalui pemanfaatan teknologi canggih. Di China, usaha inovasi sedang dipergiatkan di berbagai-bagai sektor demi memanfaatkan sumber manusia, modal, tekonolgi dan sumber-sumber lain.

Ketika memperkatakan tentang inisiatif "Jalur Ekonomi Laluan Sutera dan Laluan Sutera Maritim Abad ke-21" yang dimasukkan ke dalam FYP ke-13 itu, Soegeng menyatakan bahawa beberapa banyak negara antaranya Indonesia ingin melihat China, selaku satu kuasa besar di persada dunia, terus menyumbang kepada kedamaian, kestabilan dan kemakmuran serantau. Di bawah inisiatif terserbut, Indonesia mengalu-alukan langkah-langkah China untuk memperkasakan kerjasama di sekitar rantau dan negara-negara berkenaan. Menurutnya, penglibatan Indonesia dalam menjayakan inisiatif China berkenaan akan membantu merealisasikan gagasan "poros maritim dunia" yang disyorkan Presiden Joko Widodo. Dengan pelaksanaan projek-projek berkaitan ekonomi, kesalinghubungan yang baik antara kedua-dua negara akan menggalakkan pergerakan bebas orang ramai, perdagangan dan perkhidmatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China