Cari:
Xi Jinping Hadiri Mesyuarat Tidak Rasmi Pemimpin APEC ke-23
2015-11-18 16:54:25 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Mesyuarat Tidak Rasmi Pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-23 dirasmikan di Manila, Filipina hari ini. Presiden China, Xi Jinping menghadiri mesyuarat tersebut. 

Mesyuarat kemuncak APEC tahun ini bertemakan "membina ekonomi yang inklusif demi dunia yang lebih indah". Topik-topik utama dalam mesyuarat kali ini termasuk integrasi ekonomi, perusahaan kecil dan sederhana (PKS), pembangunan sumber tenaga dan pertumbuhan mampan.

Presiden Xi menyampaikan ucaptama yang berjudul "memainkan peranan pimpinan Asia Pasifik bagi menangani cabaran ekonomi dunia" dalam Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin Perindustrian dan Perdagangan APEC yang diadakan pagi tadi.

Dialog Pemimpin-Pemimpin APEC dan Dialog Penasihat Perniagaan APEC pula diadakan pada petang ini.

Presiden Xi akan menghadiri mesyuarat khas "ekonomi serantau dan global" esok.

Pada malam ini, Presiden Xi akan menghadiri jamuan makan malam yang dianjurkan oleh Presiden Filipina, Benigno Aquino III.

Deklarasi pemimpin akan dikeluarkan sejurus selepas mesyuarat kemuncak APEC kali ini berakhir pada 19 November ini.

Selain itu, pemimpin-pemimpin APEC juga akan sama-sama mengeluarkan resolusi bagi menyokong sistem perdagangan multilateral.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China